
Salah seorang pelanggan kami menghadapi masalah untuk menghantar email keluar, apabila semakan pada exim_mainlog dibuat, didapati domain pelanggan kami telah disekat oleh cPanel dengan error seperti berikut: “Domain domain has an outgoing mail hold. Message will be reattempted later”
Pelanggan kami menggunakan PHP Mailer, akaun sender email tersebut tidak wujud jadi kami tidak dapat release email yang disekat melalui antaramuka cPanel; kami perlu menggunakan arahan ini:
whmapi1 release_outgoing_email user=<cpanel-username>
Keputusan selepas arahan di atas dibuat adalah seperti di bawah
metadata:
command: release_outgoing_email
reason: OK
result: 1
version: 1
Selepas arahan tersebut dibuat, email pelanggan kami dapat berfungsi seperti biasa. Maklumat lanjut berkenaan arahan ini boleh disemak di link berikut: https://documentation.cpanel.net/display/DD/WHM+API+1+Functions+-+release_outgoing_email