Artikel kali ini akan menerangkan tentang cara ubah had transaksi Maybank2U yang berwajah baru. Sekiranya anda mencari tutorial untuk menukar transaction limit m2u yang lama, sila rujuk artikel ini: Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u.
Selepas anda log masuk ke akaun M2U anda, klik pada “Settings” pada bahagian atas kanan. Klik icon sekiranya menggunakan resolusi skrin yang kecil.
Kemudian, klik pada “Pay & Transfer” dan seterusnya klik pada “Transfer Limit”. Anda kini boleh menukar had transaksi yang bersesuaian dengan pilihan anda. Klik pada icon pensil dan klik pula pada dropdown untuk memilih nilai baharu. Setelah selesai menukar had yang baharu, klik “Save Changes”.
Anda akan diminta untuk memilih cara untuk menerima kod TAC. Klik “CONFIRM” setelah membuat pilihan.
Setelah menerima kod TAC, masukkan ke ruangan yang disediakan dan klik “CONFIRM”.
Sekiranya tetapan anda berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti gambar di bawah
Selamat mencuba!