Cara Hasilkan Full Backup akaun cPanel

Sharing is caring!

Tutorial kali ini akan menerangkan cara hasilkan full backup akaun cPanel. Menghasilkan salinan sandaran atau backup merupakan satu aktiviti yang amat penting tetapi sering diabaikan oleh pemilik laman sesawang. Kebiasaannya apabila berlaku kesilapan atau kerosakan, barulah pemilik laman sesawang akan berasa galat kerana tidak menjana fail backup terlebih dahulu.

Langkah pertama untuk generate full backup cPanel adalah log masuk ke akaun cPanel anda. Dari dashboard cPanel, pada bahagian “FILES”, klik butang “Backup” seperti gambar di bawah.

Pada ruangan seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk muat turun, jana atau pulihkan akaun anda. Untuk tutorial ini, kami abaikan pilihan-pilihan lain dan fokus untuk menjana dan muat turun fail backup. Klik pada “Download a Full Website Backup”.

Sekiranya anda pernah menjana Full Backup sebelum ini dan fail tersebut masih wujud, anda disarankan untuk menyimpan fail tersebut ke tempat lain kemudian buang fail tersebut terlebih dahulu supaya anda tidak menjana backup atas backup yang akan merugikan ruang dan masa.

Pada bahagian “Generate a Full Backup”, anda boleh memilih lokasi fail backup anda disimpan, untuk tutorial ini kami gunakan pilihan menyimpan fail backup pada “Home Directory” dan selepas proses menjana backup selesai, email akan dihantar ke alamat yang telah ditetapkan. Untuk mula menjana backup, klik “Generate Backup”, rujuk gambar di bawah sebagai contoh.

Proses menjana backup boleh mengambil masa beberapa minit sehinggalah berjam-jam lamanya bergantung pada saiz laman web anda dan juga bergantung kepada spesifikasi server yang anda gunakan. Sebagai contoh, server yang menggunakan cakera SSD akan mengambil masa yang lebih singkat berbanding cakera HDD. Seperti yang dimaklum sebelum ini, anda akan menerima email setelah proses menjana backup selesai.

Selepas proses menjana backup selesai, klik “Go Back” atau refresh halaman sebelum ini untuk muat turun fail backup anda.

Fail tersebut juga boleh diakses melalui “File Manager” seperti gambar di bawah

Jangan lupa untuk muat turun fail backup dan simpan fail tersebut ditempat yang selamat. Kami cadangkan untuk menjana fail backup sekurang-kurangnya sekali setiap bulan bagi memastikan anda mempunyai backup sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *