Cara Tukar Kata Laluan Bank Islam IB

Sharing is caring!

Tutorial ini menunjukkan cara tukar kata laluan Bank Islam IB yang lengkap dengan gambar. Penukaran password Bank Islam IB boleh dibuat melalui browser pada komputer desktop mahupun menggunakan pelayar web peranti mudah alih anda.

Selepas log masuk ke akaun Bank Islam IB anda, tekan mada butang Menu > Settings > Change Password seperti dalam gambar di bawah:

Seterusnya, masukkan kata laluan asal diikuti dengan kata laluan yang baru. Kemudian, klik butang “Change”.



Kemudian, masukkan i-Access Code yang dihantar untuk tujuan pengesahan. Seterusnya, klik butang “Change” seperti contoh di bawah:

Sekiranya penukaran kata laluan berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti di bawah:

Seperti biasa, jangan kongsi kata laluan anda lebih-lebih lagi kepada individu yang tidak dikenali dan pastikan anda menggunakan kata laluan yang kuat. Sebagai langkah keselamatan, ubah had transaksi akaun anda ke nilai yang lebih rendah untuk mengelakkan pengeluaran wang yang banyak. Rujuk artikel Cara Ubah Had Transaksi Bank Islam IB untuk tutorial tukar transaction limit Bank Islam IB.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes

2 thoughts on “Cara Tukar Kata Laluan Bank Islam IB”

  1. Tips berguna untuk pemegang akaun bank Islam. Langkah keselamatan memang penting untuk mengelakkan daripada berlaku perkara2 yg tidak dikehendaki.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *