Lokasi Surau di Lapangan Terbang Kuala Terengganu (TGG)

Sharing is caring!

Terdapat dua surau di lapangan terbang Kuala Terengganu (TGG) yang boleh diakses oleh orang awam tetapi satu daripadanya terletak di dalam balai berlepas dan hanya boleh diakses oleh penumpang yang bakal berlepas.

Surau Utama

Surau yang boleh diakses oleh orang awam terletak di tingkat bawah iaitu searas dengan balai ketibaan. Sebaik sahaja keluar dari pintu utama, hala ke kiri. Surau untuk jemaah lelaki dan perempuan ini boleh memuatkan banyak jemaah dalam satu-satu masa.

Terdapat tempat berwudhu di kedua-dua belah surau jemaah lelaki.

Terdapat ruang yang agak besar untuk para jemaah menunaikan solat.

Surau Balai Berlepas

Surau untuk jemaah lelaki dan wanita di balai berlepas terletak di sebelah kiri balai berlepas. Ia dilengkapi dengan tempat berwudhu manakala tandas terletak berhampiran dengan kawasan surau.

Ruang solat surau balai berlepas lapangan terbang Sultan Mahmud boleh menampung lebih kurang lima jemaah dalam satu-satu masa.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes

3 thoughts on “Lokasi Surau di Lapangan Terbang Kuala Terengganu (TGG)”

  1. inilah kemudahan paling penting selepas tandas..
    tempat beribadat …

    jika tiada memang susah dan menyukarkan kepada pengguna yang ingin menunaikan solat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *