Cara Pasang Laravel guna Composer di Shared Hosting cPanel

Sharing is caring!

Tutorial ini menerangkan bagaimana cara pasang laravel menggunakan composer pada akaun shared hosting cpanel. Dalam tutorial ini, persekitaran akaun hosting yang digunakan merupakan pakej hosting gangsa dari Awangan.com. Versi PHP yang digunakan pula adalah PHP7.2, pakej ini turut dilengkapi dengan Litespeed web server dan akses ke SSH.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah semak samada composer boleh diakses. Arahan yang perlu dibuat adalah seperti di bawah

composer

Jika composer boleh diakses, pakej hosting di Awangan membenarkan composer diakses. jadi laravel boleh dipasang. Pastikan anda berada difolder yang betul, sebagai contoh jika anda mahukan laravel dipasang pada domain.tld/laravel, pastikan anda berada dalam /home/username/public_html/laravel

Arahan untuk memasang laravel adalah seperti berikut

composer create-project --prefer-dist laravel/laravel .

Nota: Screenshot di atas hanyalah sebahagian dari paparan yang akan keluar ketika proses pemasangan laravel.

Selepas proses pemasangan laravel selesai, anda boleh mengakses aplikasi laravel melalui domain.tld/laravel/public seperti contoh di bawah

Anda juga boleh menggunakan arahan php artisan semasa berada di dalam folder yang dipasang aplikasi laravel.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *