Cara Pasang WordPress Menggunakan Softaculous cPanel

Sharing is caring!

Tutorial ini akan menerangkan tentang cara pasang WordPress menggunakan Softaculous cPanel. WordPress merupakan salah satu dari Content Management System (CMS) yang paling popular di dunia terutamanya untuk niche blogging. Sekiranya anda baru sahaja menceburi dunia blogging ataupun anda ingin beralih arah untuk menggunakan WordPress, artikel ini amat sesuai untuk anda.

1. Selepas log masuk ke akaun cPanel anda, skrol ke bawah dan klik samada butang “Softaculous Apps Installer” atau terus klik butang “WordPress” seperti dalam gambar di bawah.

2. Sekiranya anda klik pada butang “Softaculous Apps Installer”, cari butang “WordPress” untuk ke langkah berikutnya. Sekarang, klik pada butang “Install” atau “Install Now”, rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

3. Masukkan butiran yang diperlukan. Kosongkan ruangan “In Directory” untuk pasang WordPress pada akar domain. Pastikan “Choose Protocol” ditetapkan pada “https://” kerana pelayar seperti Google Chrome amat menitik beratkan penggunaan SSL. Gunakan password yang kuat bagi mengelakkan pencerobohan pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Terdapat pelbagai tetapan yang boleh dibuat. Pada ruangan “Advanced Options”, anda juga boleh menetapkan tetapan untuk “Auto Upgrade” dan “Auto Backup”; dalam tutorial ini, kami abaikan tetapan ini. Selepas selesai membuat tetapan yang diperlukan, klik butang “Install”.

Nota: Auto Backup boleh menyebabkan ruangan akaun hosting anda penuh, gunakan dengan berhati-hati. Kami cadangkan untuk mengurangkan kadar “Backup Rotation” untuk mengelakkan masalah ruangan hosting penuh.

5. Apabila pemasangan WordPress telah berjaya, anda akan menerima pesanan seperti gambar di bawah

6. Anda kini boleh mengakses ruangan “Dashboard” WordPress anda melalui “Administrative URL” seperti yang diberikan pada pesasan di atas. Log masuk ke Dashboard dengan menggunakan username dan password yang telah anda tetapkan sebentar tadi.

Tidak punyai akaun hosting?

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan WordPress tetapi masih belum mempunyai pakej hosting, dapatkan pakej hosting yang laju dan berbaloi di Awangan.com. Awangan mempunyai dedicated server yang bertapak di Singapura bagi membolehkan laman sesawang anda diakses dengan sangat laju oleh pelayar di sekitar Asia Tenggara.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *