Lokasi Surau di Sungei Wang Plaza

Sharing is caring!

Artikel ini menerangkan secara ringkas, lokasi surau di Sungai Wang Plaza, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Sungei Wang Plaza merupakan salah satu pusat membeli belah yang telah lama beroperasi di Bukit Bintang.

Surau Sungei Wang Plaza terletak di tingkat lima, ia boleh diakses melalui escalator dari tingkat 3 berhampiran dengan Mr DIY; tidak semua lift di plaza ini boleh naik ke tingkat 5.

Tempat wudhu terletak bersebelahan tempat solat.

Ruang solat lelaki boleh memuatkan lebih kurang dua puluh jemaah dalam satu masa dan dilengkapi alat penghawa dingin.

Untuk ke tandas lelaki atau wanita, anda perlu turun ke tingkat 2 atau 3.

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *