Tutorial ini menerangkan tentang cara tukar versi PHP cPanel. Untuk tutorial ini, persekitaran pakej hosting yang digunakan adalah seperti di bawah.
Environment
- cPanel versi 74
- Shared Hosting Gangsa dari Awangan
- Sistem Operasi CloudLinux
- Tema cPanel : Paper Lantern Basic
Tutorial
Langkah pertama adalah log masuk ke akaun cPanel anda. Seterusnya, skrol ke bawah ke tab “SOFTWARE” dan klik pada “MultiPHP Manager”.

Tandakan pada domain atau subdomain yang perlu diubah versi PHP (1) kemudian, pilih versi PHP yang dikehendaki (2) dan klik butang “Apply” (3).

Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti di bawah pada bahagian atas kanan tingkap (window) pelayar (browser) anda.
Kami mencadangkan anda untuk menggunakan sekurang-kurangnya PHP versi 5.6 manakala versi 7.x merupakan yang terbaik untuk digunakan. Ini kerana versi 5.5 dan ke bawah tidak lagi menerima sebarang bantuan dari komuniti developer PHP.

Nota: notifikasi “successful” seperti di atas, hanya akan kelihatan untuk tempoh kurang dari 5 saat. Anda juga boleh semak versi PHP terkini pada column “PHP Version”.
sy x tahu psl php ni. hehe. apa fungsi dan kelebihannya ya?
PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk develop WordPress. Laman web puan juga menggunakan PHP. Mungkin pada masa akan datang kalau puan pasang plugin baru pada WordPress dan hadapi masalah, boleh cuba semak versi PHP yang puan gunakan samada compatible dengan plugin tersebut atau tidak.