Tutorial ini menunjukkan cara tukar kata laluan Maybank2U untuk antara muka baru dan yang lama. Penukaran kata laluan akaun Maybank2U boleh dibuat samada menggunakan browser mahupun menggunakan aplikasi Maybank.
Antara Muka Baharu
Log masuk ke akaun Maybank2u dan klik pada ikon seperti gambar di bawah:

Kemudian, klik pada pautan “SETTINGS”

Seterusnya, klik pada pautan “SECURITY”

Masukkan kata laluan asal diikuti dengan kata laluan baharu kemudian klik butang “SAVE CHANGES” seperti gambar di bawah:

Request TAC dan masukkan TAC yang diterima kemudian sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti gambar di bawah:

Aplikasi Maybank
Maaf, tutorial menukar kata laluan menggunakan aplikasi maybank akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Antara Muka Lama
Log masuk ke akaun Maybank2u kemudian klik pada pautan “Personal Details”

Kemudian, klik pada pautan “Change Password”

Masukkan kata laluan asal diikuti dengan kata laluan baharu dan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran perniagaan seperti gambar di bawah:

Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti di bawah:

Sekiranya anda mendapati terdapat sebarang perubahan, penambah baik atau kesalahan pada tutorial di atas, kami amat mengalu-alukan komen anda. Untuk membaca artikel lain berkaitan Maybank2U, klik pada pautan: https://jawapan.com/tag/maybank2u/
Bagus ada tutorial mcm ni sbb kdg2 rasa nak tukar password tapi takut salah cara, takut tak jadi. Terima kasih atas perkongsian.
bagus tuan share ni..sekarang ni online bank banyak galakkan pengguna menukar password kepada yang lebih berciri keselamatan
ooo terima kasih atas tutorial nya