Cara Tukar Kata Laluan CIMBClicks

Sharing is caring!

Artikel ini menerangkan tentang cara tukar kata laluan CIMBClicks. Untuk menukar kata laluan CIMBClicks, anda perlu log masuk ke akaun anda menggunakan pelayar seperti Chrome atau FireFox. Sekiranya anda menggunakan peranti mudah alih, pastikan anda klik pada “Desktop View” terlebih dahulu.

Selepas log masuk ke akaun CIMBClicks, tekan butang tetapan seperti gambar di bawah.

Kemudian, klik pada “Change Password” seperti gambar di bawah.

Masukkan ID CIMBClicks, kata laluan asal dan diikuti kata laluan baharu anda kemudian tekan butang “Save”. Anda akan diminta untuk memasukkan TAC, tekan butang “Confirm” selepas memasukkan nombor TAC seperti gambar di bawah.

Sebagai panduan, kata laluan anda mestilah:

  1. Sekurang-kurangnya 8 aksara.
  2. Kombinasi huruf, nombor dan sekurang-kurangnya satu simbol istimewa
  3. Kombinasi huruf kecil dan besar
  4. Tidak sama atau mengandungi ID CIMB Clicks atau SecureWord
  5. Tidak mengandungi 3 aksara berturutan (contoh: Abc atau 123)

Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti gambar di bawah.

Pastikan anda menggunakan kata laluan yang selamat dan tidak dikongsi dengan pihak yang tidak dikenali. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *