Tutorial ini menerangkan cara tambah pelaburan di portal MyASNB. Topup akaun ASB anda tanpa sebarang fee. Tutorial ini dapat menjimatkan sedikit wang terutamanya kepada pengguna yang kerap membuat tambahan pelaburan melalui perbankan internet.
Log masuk ke Portal MyASNB anda dan pastikan “Waktu Operasi” berada dalam status “Buka” seperti dalam gambar di bawah; klik pada pautan “Portfolio” untuk ke langkah seterusnya.
Seterusnya, klik pada butang “PELABURAN TAMBAHAN” seperti gambar di bawah
Baca, fahami dan setuju dengan Terma & Syarat kemudian klik butang “SETERUSNYA”
Masukkan butiran bank akaun anda (untuk transaksi kali pertama sahaja) kemudian klik butang “SETERUSNYA”
Baca dan terima pengisytiharan
Masukkan jumlah pelaburan yang ingin ditambah dan klik butang “SETERUSNYA”
Masukkan CAPTCHA dan klik butang “SETERUSNYA”
Sepertimana yang tertera, anda perlu melengkapkan urus niaga dalam tempoh 15 minit. Klik butang “TERUSKAN” untuk ke langkah seterusnya.
Pilih perbankan internet yang ingin digunakan kemudian tick pada “Terma & Syarat” seterusnya klik pada butang “PROCEED TO PAY”
Akan akan dibawa ke perbankan internet pilihan anda. Teruskan prosidur perbankan internet anda sehingga selesai. Anda akan menerima resit dengan status “SUCCESSFUL” sekiranya tambahan pelaburan anda berjaya.
Cara ini sangat mudah. Tak perlu menunggu giliran lagi di bank..
perkongsian yg bagus. belum update lg maklumat so x dpt la lg nk daftar online. huhu