Melalui dashboard cPanel, anda boleh melihat status server anda sekiranya anda klik pada pautan “Server Information”. Tetapi, ruangan ini hanya menunjukkan secara ringkat status processor server (Server Load) dan peratusan RAM yang digunakan (Memory Used). Ia tidak menunjukkan jenis CPU yang server anda gunakan mahupun bilangan “core” yang ada serta tidak menunjukkan jumlah RAM yang tersedia pada server tersebut.

Sekiranya anda mengetahui nilai-nilai seperti jenis CPU, bilangan teras dan jumlah RAM pada server shared hosting anda; ia sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengenalpasti kehebatan server yang digunakan oleh pihak pembekal hosting anda. Sebagai contoh, sekiranya pembekal hosting anda menggunakan VPS dengan 2 teras CPU dan 8GB RAM untuk membekalkan pakej shared hosting kepada ratusan website, ia mungkin akan menyebabkan servis mereka menjadi perlahan dek kerana ratusan website perlu berkongsi CPU dan RAM yang sangat terhad.
Untuk menyemak jenis CPU, jumlah teras dan RAM, anda perlu menggunakan “Terminal” yang terdapat di cPanel. Dari dashboard cPanel, skrol ke bawah ke ruangan “ADVANCED” dan klik pada “Terminal”.

Sebagai peringatan, sekiranya anda tersalah arahan semasa berada di Terminal, ia boleh mengganggu website anda. Sebagai contoh, sekiranya anda terbuang data melalui Terminal, ia tidak boleh diselamatkan melalui “Trash Bin” seperti di File Manager. Sekiranya anda faham risiko yang ada dan ingin teruskan, klik pada “I understand and want to proceed”.

Gunakan arahan berikut untuk dapatkan informasi Processor server anda.
cat /proc/cpuinfo


Dalam contoh di atas, processor yang digunakan pada shared hosting server ini adalah Intel Core i7-7700K. Bilangan “core” pula boleh dilihat pada nilai “processor” dengan bacaan processor + 1. Sebagai contoh, pada server di atas, bilangan core pada server ini adalah 8.
Arahan di bawah pula boleh digunakan untuk menyemak jumlah RAM server anda.
free -m

Dalam contoh di atas, jumlah RAM yang terdapat pada server ini adalah 32GB. Anda juga boleh menggunakan command top untuk menyemak status server anda. Sebagai contoh, load average untuk menyemak status processor. Arahan yang boleh digunakan adalah:
top -c
