Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan merupakan hub bas ekspres ke Selatan tanah air. Buat masa ini, ia turut menjadi hub kepada bas ekspres ke destinasi utara dan pantai timur.
TBS dihubungkan oleh Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Stesen KTM Komuter Seremban Line, Stesen LRT Rapid KL Sri Petaling Line dan ERL KLIA Transit. TBS turut dilengkapi dengan kawasan tempat letak kereta bertingkat yang mampu menampung sehingga 1000 kenderaan dalam satu masa.
Kadar bayaran tempat letak kereta di TBS adalah seperti berikut:
- Jam pertama: RM3.00
- Jam ke-2 hingga ke-5: tambahan RM1.00
- Jam ke-6 hingga ke-24: tambahan RM6.00
- Setiap sebahagian dari 24 jam berikutnya: tambahan RM6.00
Ini bermakna, kadar parking seharian (6 hingga 24jam) adalah RM10.00. Sebagai contoh lain, sekiranya anda parking selama 36jam; bayaran yang akan dikenakan adalah RM16.00.
TBS turut menyediakan akses kad parking bulanan, kami tidak mempunyai maklumat berkenaan harga kad parking bulanan. Sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan kad parking bulanan, kami amat menghargai sekiranya anda dapat menghubungi kami.
Untuk makluman tambahan, parking motorsikal tidak dikenakan sebarang bayaran. Sekiranya anda kehilangan tiket parking, penalti yang dikenakan adalah sebanyak RM60.