Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan sebuah hospital awam milik kerajaan yang pintu masuk utamanya terletak di Jalan Pahang. Kadar tempat letak kereta bangunan parking bertingkat HKL adalah seperti berikut:
1 Jam pertama atau sebahagian daripadanya: RM2.00
1 Jam berikut atau sebahagian daripadanya: RM1.00
Kadar maksima sehari: RM20.00
15 minit pertama (grace period): Percuma
Denda kehilangan tiket adalah sebanyak RM30.00
Saya guna debit card,charge parking sampai rm15 sedang saya buat drive thrue hanya ambil isteri di loby..adakah charge sehing rm 15 sekali masuk… 3 kali saya masuk rm 45…
Encik masuk Hospital Tunku Azizah (HTA) aka Hospital Wanita & Kanak-kanak atau HKL? Setahu saya lobby HKL tak perlu masuk parking.
Kalau lobby HTA better ambil ticket, time nak keluar cuma masukkan ticket sahaja cuma pastikan keluar sebelum 15 minit.
Tolong la hospital, kami dari selatan datang hkl, anak masuk wad 3 minggu, caj parking di hospital tunku azizah rm 420, kereta bateri kong, sepanjang dok hospital tak di benarkan keluar dari wad.. Terkejut dengan bayaran parking, tapi apakan daya, terpaksa la.. Mohon sangat pihak hospital beri pengurangan bayaran parking kepada kereta pesakit, kami bukan saja- saja park kat situ, mohon pertimbangan.