Lokasi Surau di Setapak Central

Sharing is caring!

Setapak Central atau dahuluinya dikenali sebagai KL Festival City yang terletak di persimpangan Jalan Genting Klang dan Jalan Taman Ibu Kota merupakan salah satu pusat membeli belah di Setapak, Kuala Lumpur.

Lokasi surau di Setapak Central terbahagi kepada dua iaitu surau untuk jemaah lelaki di tingkat 1 atau F. Laluan masuk surau lelaki berada di antara kedai SRB (Lot F-31A) dan Gadget Hub (Lot F-32). Surau untuk jemaah wanita pula terletak di tingkat 2 atau S. Laluan masuk surau wanita berada di antara kedai Oppo (Lot S-35) dan BBSB (Lot S-35). Landmark yang berhampiran dengan surau lelaki adalah kedai Mr. DIY manakala landmark yang berhampiran dengan surau wanita adalah MBO Cinema.

Tandas lelaki dan wanita terletak berhampiran dengan surau pada kedua-dua tingkat dan tempat wudhu juga tersedia di dalam kawasan surau. Tempat solat ini boleh memuatkan lebih dari 20 orang jemaah dalam satu masa.

4.75 avg. rating (92% score) - 4 votes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *