Surau di Putrajaya Sentral terletak bersebelahan kafeteria Lengkuas di aras yang sama dengan kaunter tiket ERL iaitu di tingkat atas Putrajaya Sentral.
Ruang solat untuk jemaah muslim dan muslimah terletak bersebelahan.
Terdapat ruang wudhu di pintu masuk surau manakala tandas terletak di kawasan asing berhampiran dengan surau.
Ruang solat boleh menampung lebih dari 20 jemaah dalam satu-satu masa.
Terdapat juga ruang solat selepas pagar masuk/keluar ERL untuk para penumpang KLIA Transit/Ekspres. Sekiranya anda mempunyai maklumat lengkap beserta gambar tentang ruang solat di sini, hubungi kami untuk menerima sedikit ganjaran.
terima kasih berkongsi info, moga ianya memanfaatkan mereka di luar sana