Tutorial cara ubah had transaksi perbankan internet bank rakyat – iRakyat.
Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile Maintenance” seperti dalam gambar di bawah
Kemudian klik pula pada “Daily Limits Maintenance”
Masukkan had baharu untuk setiap transaksi yang dimahukan, anda boleh menukar had transaksi bagi:
- Pemindahan ke akaun lain, pembiayaan, pembayaran kad
- Pemindahan ke bank lain (IBG/IBFT)
- JomPAY
- Pembayaran Bil, Zakat, Derma
- Kiriman Wang
- Tambah Nilai Prabayar
- “Direct Payment Engine (DPE)”
- Pemindahan Tabung Haji
Selepas selesai memasukkan jumlah yang dikehendaki, klik pada “Request TAC”. Masukkan TAC yang diterima dan klik “Submit”. Sekiranya berjaya, anda akan menerima pengesahan perubahan had transaksi.