Artikel ini menerangkan tentang cara tukar kata laluan webmail cPanel. Sekiranya anda menggunakan Email Client seperti Microsoft Outlook atau Mozilla Thunderbird, terdapat langkah tambahan yang perlu anda lakukan selepas menukar kata laluan webmail. Kami akan kemaskini artikel ini pada masa akan datang untuk merangkumi tutorial bagi Email Client.
Langkah pertama adalah log masuk ke akaun webmail anda. Pautan yang biasa digunakan untuk mengakses ke akaun webmail adalah webmail.<domain-anda>.<com/net/etc>
Pilih aplikasi webmail anda, dalam tutorial ini hanya terdapat satu aplikasi webmail yang disediakan oleh pihak hosting kami iaitu roundcube.
Pada bahagian atas kanan, klik pada alamat email anda seterusnya klik pada “Password & Security” seperti dalam gambar di bawah;
Masukkan kata laluan baharu yang ingin digunakan kemudian klik butang “Save”.
Anda akan menerima notifikasi seperti gambar di bawah sekiranya penukaran kata laluan anda berjaya.