Terdapat banyak penulis blogger yang masih belum menukar tetapan akaun mereka menyebabkan pengguna yang mengakses ke blog mereka menerima amaran “Not Secure” lebih-lebih lagi sekiranya pelawat menggunakan pelayar Google Chrome. Artikel ini akan menerangkan langkah mudah untuk redirect blogger ke https dengan mudah.

Langkah Redirect Pautan Blogger ke HTTPS
Log masuk ke Dashboard Blogger anda dan pilih blog yang ingin diubah (sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog)
Klik pada “Settings” > “Basic” dan pastikan tetapan “HTTPS Availability” adalah “Yes” (1) dan ubah tetapan “HTTPS Redirect” kepada “Yes” (2), rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

Sekiranya anda menggunakan custom domain, anda mungkin akan menerima mesej “HTTPS Availability is being processed. Check back later.” anda perlu menunggu beberapa jam. Tetapan “HTTPS Redirect” pula hanya akan boleh dibuat selepas “HTTPS Availability” berada dalam keadaan aktif.