Di bawah merupakan cara untuk memasang OpenManage Server Administrator pada server yang menggunakan sistem operasi yang berasaskan RHEL8 seperti CentOS 8, Rocky Linux 8 & AlmaLinux 8.
Sekiranya server mempunyai akses ke internet, tambah repo DELL dengan menggunakan arahan di bawah
#curl -s https://linux.dell.com/repo/hardware/dsu/bootstrap.cgi | bash
Sekiranya server tidak mempunyai akses ke internet, anda perlu membuat “local repo” terlebih dahulu
Seterusnya, pasang srvadmin dengan menggunakan arahan di bawah
#dnf install -y srvadmin-all
Mulakan OMSA dengan arahan di bawah:
#/opt/dell/srvadmin/sbin/srvadmin-services.sh start
Sekiranya firewalld digunakan, tambah port 1311 dengan menggunakan arahan di bawah:
#firewall-cmd --add-port=1311/tcp --permanent
#firewall-cmd --reload
Kini, anda seharusnya boleh mengakses OMSA melalui web browser melalui alamat berikut:
https://xx.xx.xx.xx:1311/
Selamat mencuba