Cara Daftar Akaun Wahed Invest Berserta Referral Bonus

Sharing is caring!

Wahed Invest merupakan platform pelaburan patuh syariah dari Amerika Syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Security Commission). Jumlah minima untuk melabur adalah RM100 dengan bonus* deposit sebanyak USD5 (RM20) sekiranya anda menggunakan Referral Bonus Code: muhbin485. Cara lengkap untuk mendaftar akaun Wahed Invest adalah seperti berikut:

1. Muat turun dan buka aplikasi “Wahed Invest” dari Google Play atau Apple App Store.

2. Tekan butang “Get Started” kemudian masukkan alamat email dan kata laluan yang ingin digunakan untuk akaun Wahed Invest anda.

3. Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke alamat email anda dan tekan butang “Verify” kemudian pilih samada untuk aktifkan Notifications atau tidak. Seterusnya, pilih negara (Malaysia) dan jawab samada anda ada rakyat/penduduk/pemegang green card USA.

4. Jawab beberapa soalan untuk mengenalpasti risiko pelaburan yang bersesuaian dengan anda dengan menekan butang “Next” dan pilih jawapan yang bersesuaian dengan diri anda.

5. Pilih jenis Portfolio yang anda inginkan samada Very Conservative (pulangan paling rendah, risiko paling rendah), Moderately Conservative, Moderate, Moderately Aggressive, Aggresive atau Very Aggresive (pulangan paling tinggi, risiko paling tinggi)

6. Tekan butang “Create My Account” kemudian masukkan First Name (nama anda, ie: Ahmad), Last Name (nama bapa anda, ie: Bin Abu), tarikh dan tahun lahir, alamat tempat tinggal dan nombor telefon bimbit.

7. Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda dan tekan butang “Verify” kemudian jawab beberapa lagi soalan.

9. Tekan pautan “Do you have a referral code?” dan masukkan Referral Bonus Code: muhbin485 untuk dapatkan bonus USD5 (RM20) kemudian tekan butang “Apply. Seterusnya, baca dan tick kotak “I accept all terms and agreements” kemudian tekan butang “Open My Account”.

10. Tekan butang “Next” untuk memberikan akses kepada Camera dan Microphone telefon bimbit anda kepada aplikasi Wahed Invest.

11. Seterusnya, tekan butang “>” dan masukkan maklumat yang diminta kemudian tekan butang “>”. Pilih dokumen yang ingin digunakan untuk mengesahkan identiti anda seperti kad pengenalan atau passport; masukkan nombor dokumen dan tekan butang “>”.

12. Buat pengesahan identiti menggunakan samada Passport, Lesen Memandu atau Kad Pengenalan kemudian pilih negara pengeluar seterusnya ambil gambar dokumen tersebut.

13. Rekod video selfie untuk pengesahan diri

14. Masukkan nilai yang ingin dilaburkan (minimum RM100 untuk menerima referral bonus RM20) dan klik butang “Schedule This Deposit” kemudian lengkapkan pembayaran menggunakan “Instant Pay (FPX” atau “Wire Transfer”; sekiranya menggunakan FPX, pilih jenis bank dan teruskan proses pembayaran seperti yang tertera pada skrin; deposit anda akan disahkan dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja.

15. Tunggu sehingga pihak Wahed Invest mengesahkan akaun anda dan mengesahkan deposit anda. (1 hingga 2 hari bekerja). Referral bonus pula akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 14-30 hari.

*bonus telah diturunkan dari USD10 (RM40) kepada USD5 (RM20) berkuatkuasa 24 Feb 2020

4.82 avg. rating (95% score) - 11 votes

2 thoughts on “Cara Daftar Akaun Wahed Invest Berserta Referral Bonus”

  1. Assalamualaikum. Saya inginkan penjelasan berkaitan Referral Bonus. Saya telah menggunakan referral code yang Tuan telah berikan iaitu muhbin485 dan telah melakukan deposit sebanyak RM100 pada 24 Januari 2020.
    Kemudian, saya telah menambah sebanyak RM100 lagi pada 30 Januari 2020. Referral bonus dikatakan akan dibayar dalam 14-30 hari, dan menurut apa yang saya faham melalui ‘Terms’ dari Wahed Invest, syarat bagi pihak saya sebagai Referee untuk layak mendapat Referral Bonus adalah seperti berikut:

    “In order for you to qualify for the promotional account bonus, you must: (1) fund an account with at least RM100 within 30 days of receiving the invite and (2) hold a balance of at least RM100 for at least 30 days.”

    Bonus akan dikreditkan dalam 14-30 hari pula adalah untuk pihak Tuan sebagai Referral dan juga pihak saya sekiranya saya juga menjadi Referral dan berjaya ‘invite’ mana-mana pengguna baru yang melakukan minimum deposit dalam masa 30 hari selepas mendaftar.

    Itu menurut apa yang saya faham lah. Jadi, soalan saya adalah berkaitan diri saya untuk terms “(2) hold a balance of at least RM100 for at least 30 days.”

    Saya melakukan deposit berjumlah RM100 sebanyak 2 kali membuatkan jumlah dalam akaun saya menjadi sebanyak RM200 dan menurut ‘terms’ di atas, saya hanya perlu kekalkan baki dalam akaun saya sekurang-kurangnya RM100 untuk sekurang-kurangnya dalam masa 30 hari. Saya ada berniat untuk mengeluarkan sedikit jumlah dari akaun saya, dan saya juga berniat tidak akan meninggalkan baki kurang dari RM100 kerana ingin mendapatkan referral bonus.

    Tetapi, menurut sumber lain dari pihak tertentu yang juga menggunakan Wahed Invest mengatakan saya langsung tidak boleh keluarkan deposit dalam jangka masa 30 hari. Memandangkan tempoh sejak hari saya mendaftar sudah pun menghampiri 30 hari, saya pun tidak mengeluarkan deposit.

    Walaupun saya yakin apa yang dikatakan oleh pihak dari sumber lain itu salah, tetapi saya tak berani untuk keluarkan deposit kerana mungkin juga saya tak memahami ‘terms’ berkaitan Referral Bonus oleh Wahed Invest ini dengan sebaiknya.

    Jadi, saya harap pihak Tuan boleh berikan penjelasan berkaitan hal saya ini. Sebenarnya bolehkah atau tidak boleh untuk saya lakukan sedikit pengeluaran dari akaun saya dengan nilai pengeluaran tidak melebihi RM100 dalam keadaan minimum deposit pertama yang dilakukan oleh saya sebelum ini belum pun lagi mencapai jangka masa 30 hari.

    Saya berharap pihak Tuan akan dapat menerangkan perkara ini dan memberi maklum balas kepada saya, Terima Kasih.

    1. Menurut terma, tuan boleh keluarkan wang selagimana akaun tuan mempunyai baki sekurang-kurangnya RM100. Sekadar perkongsian, deposit pertama saya adalah RM100 dan nilai ini pernah jatuh kepada RM98 disebabkan pelaburan yang dibuat mengalami sedikit kerugian dalam tempoh 30 hari bekerja pertama, namun saya masih menerima referral bonus. PS: Maaf lewat respon kerana masalah kesihatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *