Tutorial ini menunjukkan cara bayar kad kredit AEON melalui Maybank2U sebagai alternatif kepada cara bayaran menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) AEON.
- Log masuk ke akaun Maybank2U anda menggunakan web browser. (Setakat artikel ini ditulis, anda tidak boleh membuat bayaran kad kredit atau pembiayaan AEON menggunakan aplikasi mudah alih)
- Tekan pautan “Pay & Transfer” seperti gambar yang dilampirkan.
- Pilih “AEON Credit Service (M) Bhd” pada ruang New Payment
- Masukkan nilai yang dibayar, nombor agreement atau kad kredit dan nombor telefon anda kemudian tekan butang “Pay”.
- Buat pengesahan TAC melalui SMS atau Secure2U dan tekan butang “Confirm”.
Nota tambahan:
- Anda akan dikenakan “Bank Transfer Fee” sebanyak RM0.10 untuk pembayaran melalui M2U.
- Sekiranya anda ingin perlu membuat pembayaran sebanyak RM100, anda perlu buat pindahan tambahan 10 sen.
mudah juga ya. Sekarang semua dihujung jari.
thanks for sharing..sekarang nie xperlu dah pergi bank/aeon machine utk buat pembayaran..just online payment jer
Boleh tahu tak agreement card credit tu maksudnya apa ya
Masukkan nombor kad kredit di ruangan tersebut