Kukuhkan Akses SSH ke Server Solaris 10 dengan TCP Wrappers

Salah satu cara untuk mengukuhkan tahap keselamatan server adalah dengan mengekang sebarang IP Address yang tidak dikenali dari mengakses ke server lebih-lebih lagi menggunakan protokol SSH. Berikut merupakan cara untuk menetapkan 

Login ke server Solaris 10 anda dan semak samada TCP Wrappers berada dalam keadaan aktif melalui arahan

#inetd -p

sekiranya tcp_wrappers=FALSE anda perlu aktifkan dengan arahan

#inetadm -M tcp_wrappers=true

Kemudian, sunting fail /etc/hosts.allow dengan “sshd : ip.address” 

contoh dibawah adalah bagi menetapkan hanya pengguna dari IP Address 192.168.1.2 dan 10.1.2.3 sahaja yang boleh mengakses ke server anda melalui SSH.

sshd : 192.168.1.2 10.1.2.3

Dan fail /etc/hosts.deny dengan “sshd : ALL” 

Tetapan ini akan berfungsi terus tanpa perlu melalui server reboot.

Selamat mencuba.

Cara Muat Turun Plugin CentOS 7

Berikut adalah arahan yang boleh digunakan untuk mendownload plugin CentOS 7 dari repository ke server anda. Ini berguna sekiranya anda ingin memasang plugin seperti httpd beserta dengan semua dependencies plugin pada server yang tidak mempunyai akses ke internet. 

#yum install –downloadonly –downloaddir=<lokasi> <plugin> 

Seperti yang anda boleh lihat melalui gambar di atas, yum akan berhenti dari memasang plugin httpd kerana terdapat pilihan “Download Only”.

Seterusnya, ada perlulah memindahkan kesemua fail RPM yang telah dimuat turun tadi ke server yang memerlukan fail tersebut. Di antara cara untuk memindahkan fail tersebut adalah dengan menggunakan FTP kemudian lakukan pemasangan plugin melalui repository tempatan.

Selamat mencuba.

Cara Ubah Had Transaksi CIMBClicks

Artikel ini akan menerangkan cara untuk menukar atau ubah had transaksi CIMBClicks.

Selepas login ke akaun CIMBClicks, klik pada pautan “Services” di menu sebelah kiri.

Scroll ke bawah dan klik pada “Clicks Transaction Limit”

Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan

Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan

Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Update”

Sekiranya berjaya, anda akan menerima makluman seperti ini:

Tutorial ini sah digunakan pada 7 Jun 2018 10:15PM

Untuk bantuan penukaran had transaksi bagi perbankan atas talian bagi bank lain, klik sini.

Cara Ubah Had Transaksi Bank Islam IB

Berikut merupakan cara-cara untuk menukar limit transaksi Internet Banking bagi Bank Islam.

Selepas login ke akaun, halakan tetikus ke “Settings” dan klik pada “Transaction Limit Maintenance”.

Anda kini boleh mengubah had transaksi berikut:

  • Own Account Transfer
  • Third Party Within Bank Islam, Interbank IBG and Interbank Instant Transfer (IBFT)
  • Bills Payment, Bills Presentment, JomPAY and Payment Gateway
  • Prepaid Reloads
  • FPX
     

Anda boleh mengubah satu atau lebih transaksi dalam masa yang sama. Selepas selesai memasukkan nilai had transaksi yang baru, klik pada “Change” untuk ke langkah yang berikutnya.

Anda akan diminta untuk mengesahkan had transaksi yang baru dengan “i-Access Code”. Klik pada “Request i-Access Code” untuk menerima kod pada nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Klik “Confirm” selepas memasukkan nombor kod yang diberi.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima pengesahan pertukaran had transaksi yang baru seperti gambar di bawah.

Tutorial ini sah pada 29 Februari 2016.

Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u

Di bawah adalah cara-cara untuk menukar had transaksi Maybank2u melalui browser versi desktop.

Selepas login ke akaun Maybank2u, klik pada “Accounts & Banking” dan seterusnya pada pautan “Transfers” seperti gambar di bawah.

Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada “Transaction limit maintenance” seperti gambar di bawah.

Anda kini mempunyai pilihan untuk mengubah had transaksi untuk:

  1. 3rd Party Transfer
  2. Interbank GIRO Transfer
  3. Instant Interbank Transfer
  4. Foreign Telegraphic Transfer

Pilih salah satu, sekiranya anda perlu untuk menukar beberapa pilihan, anda perlu mengulangi langkah-langkah ini untuk setiap satu transaksi yang anda ingin tukar.

Anda akan diminta untuk memasukkan had yang baru. Sekiranya anda ingin menaikkan had transaksi; anda perlu untuk “Request for TAC” untuk mengesahkan penukaran tersebut.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima mesej seperti di bawah.

Tutorial ini sah pada 3hb Julai 2018 10:00PM