Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u

Sharing is caring!

Artikel di bawah menunjukkan cara ubah had transaksi Maybank2u melalui browser versi desktop yang menggunakan antaramuka lama. Sekiranya anda mencari tutorial yang menggunakan interface baru, rujuk artikel ini: Cara Ubah Had Transaksi Maybank2U Wajah Baru

Selepas login ke akaun Maybank2u, klik pada “Accounts & Banking” dan seterusnya pada pautan “Transfers” seperti gambar di bawah.

Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada “Transaction limit maintenance” seperti gambar di bawah.

Anda kini mempunyai pilihan untuk mengubah had transaksi untuk:

  1. 3rd Party Transfer
  2. Interbank GIRO Transfer
  3. Instant Interbank Transfer
  4. Foreign Telegraphic Transfer

Pilih salah satu, sekiranya anda perlu untuk menukar beberapa pilihan, anda perlu mengulangi langkah-langkah ini untuk setiap satu transaksi yang anda ingin tukar.

Anda akan diminta untuk memasukkan had yang baru. Sekiranya anda ingin menaikkan had transaksi; anda perlu untuk “Request for TAC” untuk mengesahkan penukaran tersebut.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima mesej seperti di bawah.

Tutorial ini sah pada 3hb Julai 2018 10:00PM

Terdapat juga tutorial untuk menukar transaction limit cimbclicks dan tutorial menukar transaction limit Bank Islam. Selamat mencuba.

3.20 avg. rating (67% score) - 5 votes

2 thoughts on “Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *