Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u

Submitted by Tuan Pengetua on Tue, 07/03/2018 - 14:00

Di bawah adalah cara-cara untuk menukar had transaksi Maybank2u melalui browser versi desktop.

Selepas login ke akaun Maybank2u, klik pada "Accounts & Banking" dan seterusnya pada pautan "Transfers" seperti gambar di bawah.

tukar limit maybank 1

Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada "Transaction limit maintenance" seperti gambar di bawah.

tukar limit maybank 2

Anda kini mempunyai pilihan untuk mengubah had transaksi untuk:

  1. 3rd Party Transfer
  2. Interbank GIRO Transfer
  3. Instant Interbank Transfer
  4. Foreign Telegraphic Transfer

 

Pilih salah satu, sekiranya anda perlu untuk menukar beberapa pilihan, anda perlu mengulangi langkah-langkah ini untuk setiap satu transaksi yang anda ingin tukar.

image

Anda akan diminta untuk memasukkan had yang baru. Sekiranya anda ingin menaikkan had transaksi; anda perlu untuk "Request for TAC" untuk mengesahkan penukaran tersebut.

image

Sekiranya berjaya, anda akan menerima mesej seperti di bawah.

image

Tutorial ini sah pada 3hb Julai 2018 10:00PM

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.